Assalammualaikum w.b.t
Belajarlah Untuk Menghormati & Menghargai..
Adakah salah ibu mengandung?
Adakah salah bapa menjadi teladan?
Adakah salah guru mendidik?
Adakah salah kawan mempegaruhi?
Di mana silapnya..
sehingga anak-anak,
kawan-kawan,
murid-murid
tidak mempunyai nilai hormat dan hargai pada orang lain..
Sedih dan sakit hati i apabila,
rasa hormat telah hilang dikalangan kita..
pengorbanan yang telah kita buat tidak dihargai..
Telah hilang nilai kasih sayang disebabkan tiada rasa hormat & hargai itu
Duit boleh dicari tapi kasih sayang dan rasa muhibbah di bumi ini hanya sekali..
setelah jasad ditelan bumi..
hilang muka dari pandangan..
baru rasa sesal menyelubungi..
Bangkitlah wahai kekawan semua..
wujudkan lah nilai kasih sayang yang semakin hilang..
timbulkanlah rasa muhibbah yang kian tenggelam..
Buat adik2 hormati & hargailah Ibu Bapa kita
serta sayangilah mereka lebih dari diri kita sendiri..
Ingatlah hidup bersama mereka hanya sekali..
tiada peluang kedua yang Allah beri..
Buat para pelajar.. hargailah dan hormatilah guru..
Kerana Ilmu yang dicurahkan sangat berharga untuk kita selagi hidup di bumi ini..
I telah belajar dari pengalaman..
Sememangnya Jasa guru amat besar pada kehidupan kita..
Terima Kasih Guru yang mendidik ku...
Buat kawan-kawan..
wujudkanlah rasa hormat dan hargai dikalangan kita..
sememangnya hidup memerlukan kawan..
jangan lah disakitkan hati sesama kawan..
kerana satu hari nanti kita juga akan disakiti..
Sememangnya i amat menyayangi kawan-kawan i..
Selagi hidup berteman dunia terasa indah..
Belajarlah untuk menhormati & menghargai...
Terima kasih teman....
Good Nite Readers....
No comments:
Post a Comment