Monday, May 31, 2010

Motivate Monday


Assalammualaikum w.b.t

Today i nak share ttg ciri-ciri kanak-kanak Pintar.. i pick from iluvislam web..

Pengamatan tinggi

• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.

Keinginan untuk tahu tinggi

• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara .

Minat mendalam

• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.

Menerima infomasi dengan pantas

• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.

Ingatan yang tinggi

• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.

Mungkin dapat membaca lebih awal

• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun.

Kerap membaca serta meluas

• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.

Tatabahasa yang tinggi

• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik.

Tahap penumpuan yang lama

• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.

Suka bertanya dengan lebih teliti

• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.

Keupayaan imaginasi yang tinggi

• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya.

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar.

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan.

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain.

Bersemangat dan bertenaga

• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami.

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Perkembangan asynchronous

• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.




No comments:

Post a Comment