Friday, February 4, 2011

Dia Yang Ku Cari


">Assalammualaikum w.b.t

1st entry 1 month before..

Buat kasih hatiku Amirullah.. Sesungguhnya awaklah orang yang saya cari.. Jadilah suami yang membimbing & saya tahu awaklah yang terbaik buat saya.. Bagi wanita yang masih mencari, carilah lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut & buat lelaki yang ingin menjadi suami idaman serta buat kekasih hatiku jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:-

Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. ..


sumber :amirsaid7.com


Buat kaum Hawaku.. jadilah yang terbaik buat pasangan kita.. Untuk kaum Adam.. wanita untuk dilindungi dan perlu disayangi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.



No comments:

Post a Comment