Wednesday, October 24, 2012

Esok Kita Puasa Sunat Arafah

Assalammualaikum w.b.t

Kemuncak Ibadah Haji adalah wukuf di Arafah..

Manakala kita yang berada di tanahair sebaiknya Berpuasa Sunat Arafah pada hari esok iaitu 9 Zulhijah 1433 bersamaan 25hb Oktober 2012..

Antara Kelebihan puasa sunat Arafah adalah:-

1) Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

2) Merupakan hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)

3)Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”


Niat puasa sunat Arafah 9 Zulhijah adalah seperti berikut

"Sahaja aku berpuasa sunat Arafah kerana Allah Taala"


Semoga Segala Kebaikan dan amal Ibadah kita dapat di terima Allah s.w.t.. InsyaAllah..

Marilah Umat Muhammad kita sama2 puasa Arafah pada hari Esok...

No comments:

Post a Comment