Monday, June 21, 2010

Jealousy June

Assalammualaikum w.b.t

Argh.. bosannya.. ish2 apalah org pompuan mcm nie.. tapi itulah hakikat hidup.. adik2 dah takde di sisi dunia pun terasa sunyi.. nasib baik parents ada.. Tapi ramai gak yang tanya bila nak kawin?.. huh..Siapa yang tak nak kawin.. Kawin kan sunnah Rasullullah s.a.w tapi jodoh kan di tangan Tuhan.. InsyaAllah Tuhan akan beri yang terbaik..



Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.



Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.



Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.



Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati... To kekawan yang sama mcm i di luar sana.. Mudah-mudahan Allah beri yang terbaik untuk kita...

yang pasti i nak baby macam nie.barulah dunia tak terasa sunyi...
.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment