Assalammualaikum w.b.t
Arinie May 18.. Aktiviti hakiki dilaksanakan seperti biasa..bangun pagi-pagi untuk mencari rezeki.. Orang kata bangun awal pagi murah rezeki..I pegang kata2 ini mudah-mudahan ada rezeki untuk diriku pada tahun ini..
"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikkan, pintu-pintu berkat, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kekuatan,pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu keselamatan dan pintu-pintu syurga".. Amin...
Kadang-kala diri ini,
Terasa ingin melarikan diri,
Ke suatu tempat yang tiada penghuni,
Jauh daripada fitnah duniawi,
Hanya ingin bersendiri,
Tiada siapa di sisi,
Hanya Dia yang sentiasa di hati,
Rabb-ku yang dirindui.
Ku terus berlari,
Mencari cinta Hakiki,
MenujuMu Ya Rabbi.
Ya Allah,
Peliharalah hati ku ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati ku dari segala noda dunia,
Limpahilah hatiku dengan iman,
Peliharalah diriku dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.
Ya Allah,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar diriku ini dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah daku kejalan yang diredhaiMu.
Isikan hati ku dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah ku untuk memujiMu,
Indahkanlah mata ku melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut ku ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki ku ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga ku ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan ku dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati ku untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.
Ingat- mengingat lebih baik daripada mengadu domba.. Berdiam diri lebih baik dari memfitnah dan mengumpat.. Buat baik sesama umat.. Hidup di dunia hanya sekali.. Yang penting jagalah diri.. agar jadi penghuni Syurga Firdausi...
Salam kasih sayang dari i untuk semua umat Nabi Muhammad s.a.w dan Hamba Allah s.w.t Semoga Hidup dan Rezeki lebih diberkati.. Jalanilah hidup dengan penuh keimanan... Good Night..
No comments:
Post a Comment