Assalammualaikum w.b.t
Hola... Today is Mother's Day.. walaupun mother's day, i with my family sad jugak b'coz tomorrow my lil sis akan daftar di KMJ.. Kuranglah orang untuk i buli..Good Luck Sis..
Arinie i with my sisters pergi jemputan kahwin di kampung seri Bunian.. bukanlah kampung orang bunian.. just nama tempat je..
Happy Mother's Day
Ibu,
telah tercatat di kitab Loh Mahfuz,
lahirku dari rahimmu,
pusatku berhubung dengan pusatmu.
Ibu,
tawaku, okestramu,
larianku, sorakanmu,
tangisanku, drama mu.
Ibu,
seandainya okestraku sumbang,
seandainya sorakanku hambar,
seandainya dramaku meluat,
kamu tetap menyayangiku.
Tika,
pingganku berulamkan buku,
tubuhku bermandikan ilmu,
kamu bagaikan ratu menerima mahligai.
Kini,
ku genggami segulung ijazah,
ku tandangi sebuah anugerah,
susur galur karya agung untukmu.
Ibu,
Syurga dibawah tapak kakimu,
andai tiada keredhaanmu,
Tiada lah titian ihdinassiratal mustaqim bagiku,
tiada bau syurga untukku.
Ibu,
Ku persembahkan irama kejayaanku,
ku hidangi santapan insaniku,
ku semati selimut kasih sayangku,
Ibu,
Engkaulah Ratu hatiku.
To All Mother's and becoming mother's out there Happy Mother's Day to All Of You.. Semoga Allah Memberkati Kalian..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment