Assalammualaikum w.b.t
Tips untuk kekawan yang dah ada anak2..Anak adalah anugerah, maka sayangi dan hargailah anugerah itu...
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Bila anak dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan bagi nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
Kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Anak2 akan tau ibubapa akan jadi penyokong dia paling kuat dan emosi anak2 akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa ibubapa perlu marah tetapi janganlah buat muka marah sampai anak2 itu takut nak dekat dgn ibubapa mereka. Alahai kesian kat budak.
4. Berikan ganjaran setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali ibubapa appreciate mereka, so mereka akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah anda selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi ibubapa. Kalau anda tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda
Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap dan ini adalah satu hiburan yang tak boleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin mereka berselisih dgn kawan2. Jadi, anda sebagai ibubapa bantulah sedaya mungkin agar mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecil tapi tu mungkin masalah besar bagi mereka.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada masalah yang menimpa. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali
Ade setengah budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Jangan marah kerana boleh membantutkan proses pembelajaran mereka.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan mereka apabila anda berjalan dengan mereka
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
- Mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
Biasakan mereka dengan salam dan ciuman anda sebelum tidur.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa dan jangan jadi too perfect pada anak2 kerana nnt mereka akan merasa rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila ibubapa mereka mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau anda sendiri bagi latihan dan memerhatikan setiap hari peralihan mereka belajar dari satu topik ke topik. Bantu mereka belajar lebih dari apa yang cikgu mereka ajar..
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
Tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula teras sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauhi diri dari anda.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
Good Night Readers.. Be a Good Parents...
No comments:
Post a Comment