Friday, May 28, 2010

Fervent Friday

Assalammualaikum w.b.t

Masa kecil-kecil dahulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa..



Boleh pakai kasut tumit tinggi macam mak..
Boleh melaram, mekap-mekap muka nampak cantik macam mak..




Boleh cepat kerja, boleh shopping beli itu dan ini..

Boleh pegi holiday mana-mana saya suka..

Boleh bercinta..


Lama-lama, baru saya perasan...

Saya dah tak bace komik lagi, tapi magazine cleo

Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul

Saya ingatkan best jadi dewasa ni.

Saya boleh buat keputusan saya sendiri,

Rupa-rupannya...

Jadi dewasa ni...

Kena matang.

Kena professional.

Banyak tanggungjawab.

Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu.

Banyak pakai duit.

Tak boleh emo tak bertempat.

Kena cari makan sendiri

Kena buat keputusan,keputusan,keputusan

Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama interest dengan kita

Kena berpada-pada kawan ngan kaum adam (perbezaan kaum ni besar maknanya.)

And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Tapi bila fikir seronok jadi dewasa... walaupun keputusan ditangan kita..

Tapi tetap berhati-hati tak semua yang kita nak menjadi..


Yang pasti hari-hari mendatang perlu dilalui.. walaupun tak semanis diharapkan.. dan tak seburuk disangkakan.. Kekuatan kita membuatkan hari-hari mendatang sangat indah dengan tabah kita menghadapinya..
\
Buat readers.. Semoga Bertambah Bahagia Hari Mendatang Anda dan i juga... Selamat Beradu...

No comments:

Post a Comment