Assalammualaikum w.b.t
Tanggal 21 Mei.. Seperti jumaat lepas, mengaji di pagi hari rutin di Kerajaan Negeri.. Kerja Hakiki seperti biasa dilaksanakan setiap hari.. Argghh.. Penat macam nak cuti... tapi esok kan mmg cuti..hehehe.. tengahari tadi jengah my friend Ziha... Lunch together di Rawa.. nyam2.. Petang balik terus beli present for My Mummy.. Esok her besday.. Malam baru sempat berblogging... Sepanjang hari hati meronta2 nak ke Tanah Suci.. tapi kena ada muhrim.. My mummy & daddy InsyaAllah ke Tanah Suci tahun nie wat Haji.. yang menjadi masalahnya i nak pegi dengan sapa?.. Tetapi tetap bertekad nak kesana juga... Ya Allah mudahkan la aku untuk menjadi tetamu Mu.. Hati rasa seperti dah menghampirinya...
Aku selalu merayu, meminta dan menunggu,
Supaya Allah kurniakan aku cahaya itu,
Tak putus-putus lidah ini dibasahi dengan kalimah pengharapan,
Agar Allah memberi petunjuk pada ku ke jalan yang lurus,
Jalan orang yang memperolehi nikmat Nya,
Jalan untuk menuju cahaya Nya,
Namun tak pernah ku sedar,
Allah telah memakbulkan permintaku ini,
Aku semakin hampir kepada cahaya itu,
Cahaya Allah, cahaya hidayah,
Cahaya yang menunjukkan aku jalan yang lurus,
Cahaya yang aku menanti setelah sekian lama,
Apa yang pasti aku bertekad untuk mengadap Mu,
Suatu hari nanti di Tanah Suci.. InsyaAllah,
Harapanku agar cahaya Mu sentiasa di sisiku selamanya...
Agar dapat memberi sinar kehidupanku dan saudara-saudaraku..
Selamat Malam Penghuni Dunia dan Selamat Berhujung Minggu...
No comments:
Post a Comment